Search This Blog

Monday, September 21, 2009

Semangat Kejiranan

Rakyat Malaysia keseluruhannya perlu mensyukuri, menghayati dan manghargai keamanan yang dinikmati di negara ini. Mereka perlu meningkatkan semangat kejiranan dan persaudaraan, kerana konsep kejiranan mampu membawa dan mengekalkan keamanan, keselamatan dan ketenteraman di negara ini.

Keselamatan dan keamanan yang terdapat di negara kita ini telah diusahakan oleh pemerintah dengan penuh tanggungjawab. Sistem pentadbiran kita itu menjadikan negara kita lebih maju jika dibandingkan dengan sesetengah negara sedang membangun.

Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Kerana itu, jiran ialah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah.

Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamtan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, dan sebagainya. Jiran mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlaku perkara-perkara yang meragukan.

0 comments: