Search This Blog

Tuesday, September 22, 2009

Peranan Ibu Bapa dalam Usaha Mengatasi Buli di Sekolah

Pada zaman dahulu, buli dapat definisikan sebagai perlakuan penindasan oleh seseorang atau sekumpulan pelajar terhadap pelajar yang lain. Kes buli di sekolah semakin meningkat dari sehari ke sehari. Masalah ini juga sudah menjalar ke sekolah rendah. Malah, pelajar-pelajar yang terjebak dalam perlakuan negatif ini disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan media massa, tekanan serta keinginan menunjukkan kuasa dalam kalangan rakan sebaya.

Ibu bapa merupakan insan paling berpengaruh dan penting dalam usaha pembentukan disiplin serta sahsiah anak-anak. Jasa dan budi ibu bapa tidak ternilai harganya. Contoh, seorang anak berasa segan untuk mengingkari nasihat ibu bapa. Selain itu, kaedah psikologi ini dapat menghindarkan anak-anak mereka daripada membuli orang lain.

Ibu bapa dibekali pelbagai ilmu keibubapaan sebagai menjadi suri teladan kepada anak-anak. Ilmu keibubapaan, bahan bacaan daripada pakar keluarga, dan kempen. Bimbingan agama dan pendidikan sivik oleh ibu bapa juga penting dalam kekuatan anak. Mendidik anak-anak sejak kecil jiwa mereka lebih mudah dilentur. Menghormati orang yang lebih tua, rakan-rakan tanpa mengira usia, agama, bangsa, dan status sosial.Pendekatan agama membentuk keperibadian anak-anak menjadi benteng kepada gejala sosial.

Keismpulannya, ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam menangani masalah buli. Anak-anak banyak menghabiskan masa bersama dengan ibu bapa dan keluarga. Akhirnya, ibu bapa perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

Monday, September 21, 2009

Semangat Kejiranan

Rakyat Malaysia keseluruhannya perlu mensyukuri, menghayati dan manghargai keamanan yang dinikmati di negara ini. Mereka perlu meningkatkan semangat kejiranan dan persaudaraan, kerana konsep kejiranan mampu membawa dan mengekalkan keamanan, keselamatan dan ketenteraman di negara ini.

Keselamatan dan keamanan yang terdapat di negara kita ini telah diusahakan oleh pemerintah dengan penuh tanggungjawab. Sistem pentadbiran kita itu menjadikan negara kita lebih maju jika dibandingkan dengan sesetengah negara sedang membangun.

Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Kerana itu, jiran ialah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah.

Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamtan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, dan sebagainya. Jiran mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlaku perkara-perkara yang meragukan.

Saturday, September 5, 2009

CuTi SekolAh~^^

waa~~
satu hari cuti sekolah lagi~
tiada apa apa boleh buat di dalam hari itu...=="
juga bermain komputer di dalam rumah sendiri......................
sangat boring lah~~==

Hari ini saya tidur selama 12jam.....pukul 1.30a.m hingga 1.00pm.........==
Pada masa cuti saya juga tidur macam ini....
hari isnin adalah cuti sekolah lagi~
hari selasa sambung sekolah....

Percubaan SPM sudah dimulakan pada 1 SEP....
Oleh itu, banyak tingkatan 5 punya pelajar sedang mengulang kaji pada bulah ini....
saya bukan pelajar tingkatan 5 tapi saya juga hendak mengulang kaji pada cuti sekolah....
haiz~~~
tak boleh tahan lah~
membaca buku sangat boring one~
saya ingin keluar dan main main lah~@@


TAMAT***